Saturday, December 10, 2011

-mOon tonight :) -



Assalamualaikum w.b.t :)

senyum selalu...
jum rakan-rakan semua kita lakukan kewajipan kita,solat sunat gerhana malam ni..

di mana FENOMENA gerhana bulan penuh yang akan disaksikan malam ni bermula jam 7.30 malam pasti ada kelebihan padanya dan kita disarankan merebut peluang yang datang untuk meningkatkan ketakwaan serta mendekatkan diri kepada Allah. insyaallah sy pn akn cuba utk lakukan.
solat sunat gerhana bulan adalah sunat muakad, amalan sunat yang sangat dituntut sempena berlakunya peristiwa yang jarang-jarang sekali terjadi.bukan selalu perkara mcm ni jd.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

peluang yang diberikan kepada kita termasuk melihat perubahan atau pergerakan cakerawala boleh mendorong kita memikirkan keajaiban yang berlaku serta kepentingannya dalam kehidupan di dunia ni.

apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam. Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. 



so Jom reramai kita tengok bulan mlam nieh okey dear2 sekalian...pastu kita solat sesama...

wassalam :) 




1 comment: