Allah telah menentukan sesuatu yang terjadi ke atas hambanya.. Tapi jikalau apa yang ditentukannya itu bukanlah sesuatu yang kita kehendaki,maka janganlah kita bersedih dan berdikacita. Meskipun kita kehilangan sesuatu yang amat bernilai kepada kita, janganlah berdendam kepada Allah. Sesungguhnya dia lebih mengetahui.
Cuba kita ukur, banyak mana yang diambil dari kita jika dibandingkan dengan apa yang diberikan-Nya. Apabila sesuatu musibah menimpa, mengapa harus kita berdukacita?
Allah mengambil sesuatu dari kita untuk memberikan sesuatu yang lebih baik lagi. Kadang-kadang manusia berasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Masalah keluarga, masalah kerja, masalah anak dan sebagainya..
Selagi seseorang manusia itu hidup di bumi Allah, selagi itulah dia akan diuji dengan masalah. Jika seseorang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang kita lalui akan mematangkan akal serta memantapkan peribadi kita.
Berlapang dada kepada Allah, yakin bahawa Allah menentukan segalanya.
YAKINLAH ❤